Menu



Kelmarin saya menghadiri majlis Dialog dengan peniaga peniaga Pasar Payang, Kuala Terengganu anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Peniaga Kecil Terengganu Cawangan Kuala Terenggganu. Ia turut dihadiri Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Pasar Payang amat dekat dihati saya dan saya menegaskan kepentingannya sebagai simbol keusahawanan melayu yang wajib dipertahankan malah dikembangkan seperti saya dan rakan-rakan NGO perjuangkan bersama sejak tahun 2012 lagi.

Pembinaan Pasar Payang baru sekarang adalah hasil perjuangan rakyat Terengganu yang bangkit menentang usaha rancangan asal mendirikan pusat komersil, hotel dan kondominium mewah ditapak pasar berkenaan.

Ia bukan soal semata mata mahu kekalkan ‘seni bina dan keadaan asal bangunan’ sedia ada kerana rata rata peniaga memahami bahawa untuk terus bertahan dan survival perniagaan melayu mestilah berdaya saing.

Kerana itu pendekatannya mesti masih pasar bercirikan rakyat, konsep yang sama yang menjadikan Pasar Payang menjadi tarikan khususnya pelancong asing dan domestik, tetapi dengan infrastruktur yang lebih selesa dan mesra peniaga dan pengunjung serta menarik.

Dalam ucapan saya menggesa peniaga melayu menyedari kita berhadapan dengan persaingan dalam menggamit pelancong dari negeri negeri lain seperti Kelantan. Pahang, Melaka. Mereka juga mempunyai konsep bazar rakyat yang tersendiri yang peniaga Terengganu tidak boleh alpa bahawa mereka juga bersungguh menawan hati pelanggan.

Maka kerana itu harga mesti bagus, mesti mesra pelanggan, banyakkan senyum, jangan bercakap kasar atau ‘masang cattung’ (bermuka masam) dengan pengunjung, perelokkan kedai masing-masing biar ceria dan menarik, jaga kebersihan dan kekemasan tempat sendiri dan juga persekitaran tempat kita.

Pasar Payang 2 yang sedang dalam pembinaan dijangka siap dalam Mac 2019 dan proses perpindahan dan pengosongan bangunan asal dijadualkan sekitar April atau Mei 2019 . Ia bagi memboleh bangunan pasar lama diserahtapak kepada kontraktor yang akan memulakan pembinaaan Payang 1 yang akan menjadi bangunan utama keseluruhan Kompleks Pasar Payang  bersaiz hampir dua kali ganda keluasannya berbanding dahulunya.

Ini perjuangan kita bersama.

Ada isu dibangkitkan berhubung bilangan, keluasan, jenis tapak, lesen, tapak yg dialibabakan (pemilik tapak tidak berniaga tapi menyewakan kembali kepada pihak ketiga). Semua isu ini diberi perhatian dan akan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Saya sendiri 2 minggu lalu ada menyuarakan kepada YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu masalah bilangan tapak di Payang 2 yg tidak cukup. Beliau segera meminta saya berbincang dgn MBKT utk pembinaan Annexture bagi mewujudkan ruang bagi menampung kekurangan berkenaan yang saya harap ia dipermudahkan urusan oleh semua pihak berkaitan.

Ada peniaga yg memohon agar perpindahan dibuat selepas Hari Raya supaya Ramadhan ini jadi ‘Jualan Ramadhan Terakhir’ dibangunan lama berkenaan. Tetapi ada juga peniaga yg meminta kalau boleh Ramadhan ini berniaga ditempat baru kerana menjangka ramai orang akan berminat untuk berkunjung sambil melihat sendiri suasana Pasar Payang baru.

Di pihak kerajaan, terikat jadual kerja yang menjadi sebahagian kontrak dengan kontraktor berkenaan. Bila tapak gagal diserahkan untuk memulakan kerja, maka kos perlu ditanggung oleh kerajaan dalam bentuk tambahan masa; Extension Of Time EOT.

Insyaallah kerajaan akan mempertimbangkan semua aspek agar pendekatan yang diambil menguntungkan dan dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat. Catatan Ahmad Amzad Hashim


cpn
 
Top