Menu



HULU TERENGGANU - Pasar Tani Masjid Bukit Perahh, di sini, melakar sejarah tersendiri dari segi waktu jualan apabila menjadi pasar tani pertama di Terengganu beroperasi selama 12 jam.

Pembaharuan ini dilaksanakan bermula Januari lalu hasil daripada permintaan pengunjung dan mereka turut diraikan dengan acara cabutan bertuah secara bulanan.

Pasar Tani terletak di hadapan Masjid Kampung Bukit Perah yang beroperasi setiap Ahad bermula jam 8 pagi hingga 8 malam itu adalahn pasar tani 'bongsu' di daerah ini.

Pengawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zulkhairi Razak berkat, pasar tani itu baharu beroperasi pada April 2017 dan jumlah peniaga seramai 15 orang.

"Pembaharuan ini sekali gus menjadikan pasar tani pertama di Terengganu punyai waktu urusniaga lama begini. Pelaksanaannya hasil permintaan penduduk setempat serta pihak pengurusan masjid.
"Kesemua peniaga terlibat ada sebahagian datang petang sahaja terutamanya melibatkan jualan makanan, manakala bagi sayur-sayuran serta ikan berniaga sebelah pagi hingga tengahari," katanyaa.


cpn
 
Top