Menu



Menerusi laman web E-Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, sistem pendaftaran kini dibuka secara online (Sistem Pendaftaran Terbuka) bagi rakyat di negeri ini untuk mendaftar serta memohon kediaman RMM di Terengganu.

Antara lokasi daerah yang dipaparkan dalam laman web tersebut adalah :

RMM AWAM :

Daerah Kemaman
RMM Seri Bandi, Kijal

RMM PENSWASTAAN :

Daerah Kuala Nerus
SPNB Kuala Nerus

Daerah Kemaman
SPNB Kerteh

Daerah Hulu Terengganu
SPNB Kuala Ping

Daerah Dungun
SPNB Kg. Paya Santong

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Pemohon boleh memohon dengan melawati lawan web E-Perumahan Terengganu
http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan/

INFO : Kerajaan Negeri Terengganu tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM).



cpn
 
Top