Menu


Seramai 15 petugas kesihatan termasuk tiga daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti dengan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya berkata, salah seorang daripada mereka kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

"Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda.

"Tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini," katanya.

Dalam hantaran itu, beliau terus menasihati orang ramai berada di rumah.

"Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah," tegasnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 900 kes positif Covid-19 dan 20 daripadanya dirawat di ICU serta memerlukan mesin ventilator.


cpn
 
Top