Menu



Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menangguhkan kutipan bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh Sahabat AIM untuk tempoh dua minggu bermula dari tarikh hari ini sehingga 31 Mac ini.

Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Sahabat AIM yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, penangguhan dua minggu tersebut akan memberi kesan langsung dengan kerugian sebanyak RM16 juta yang akan ditanggung oleh AIM.

“Walaupun AIM perlu menanggung sebanyak RM16 juta, namun ia perlu dilakukan kerana kami amat prihatin dan memahami situasi yang dialami oleh Sahabat AIM pada masa kini.

“Kita juga akan menyusun dan mengemaskini semula produk-produk pembiayaan yang sedia ada untuk membantu meringankan kos operasi Sahabat supaya ia dapat disesuaikan dengan keperluan semasa,” katanya di sini, hari ini.


cpn
 
Top