Menu



BANK Negara Malaysia (BNM) hari ini membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan secara automatik.

Keputusan baharu ini adalah inisiatif BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan akibat penularan Covid-19. Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan, bank pusat itu menyatakan moratorium automatik akan berkuat kuasa bermula 1 April ini.

Moratorium automatik itu adalah layak untuk pinjaman atau pembiayaan yang tidak tertunggak lebih 90 hari pada 1 April 2020 dan didominasi dalam ringgit.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu," kata BNM.

Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak lebih tiga tahun.

“Bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium," katanya.


cpn
 
Top