Menu



Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu hari ini memuatnaik surat edaran segera sebagai makluman dan arahan kepada semua Jabatan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri bagi menangguhkan kesemua program kerajaan berikutan langkah pencegahan dan menangani penularan wabak Covid-19 di Terengganu.

Langkah tersebut diambil selepas pihak Kerajaan Negeri menerima surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berkenaan jangkitan Covid-19 serta gesaan agar menangguhkan program-program Kerajaan Negeri.

Kandungan surat tersebut turut memaklumkan bahawa keadaan di Negeri Terengganu masih lagi terkawal, walaubagaimanapun sebagai langkah pencegahan, semua pihak disaran berwaspada dan mengambil tindakan awal yang diperlukan bagi menangani wabak tersebut.

Arahan tersebut turut menyatakan mana-mana program atau perhimpunan melebihi 100 orang peserta harus ditangguhkan manakala program yang mempunyai peserta kurang dari itu perlu mematuhi sepenuhnya langkah-langkah pencegahan virus Covid-19.

-Terengganu Voice Dot Net








cpn
 
Top