Menu



Orang ramai digesa agar berlaku jujur dalam memberikan maklumat sejarah dan hubungan rapat mereka ketika pemeriksaan dilakukan supaya tidak menjejaskan keselamatan petugas kesihatan.

Demikian antara petikan dari Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham dalam sebuah kenyataan menerusi info kumpulan telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara.

Menurut beliau, ini kerana terdapat insiden pesakit tidak jujur mengenai maklumat berkenaan termasuk penglibatan dalam perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

“Saya ingin menggesa orang ramai dan pesakit agar jujur dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka.

“Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan atau gejala mereka. Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

“Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan,”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja satu jenayah, tetapi turut menjejaskan nyawa petugas kesihatan dan fasiliti.

“Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.





cpn
 
Top