Menu



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dan JPJ Cawangan akan menutup sepenuhnya semua perkhidmatan kaunter mulai esok.

Pengarahnya, Zulkarnain Mat Yasin berkata, keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pengangkutan susulan kepada perkembangan semasa koronavirus (Covid-19).

"Jadi bermula esok sehingga 31 Mac ini, tiga perkhidmatan kaunter kami akan ditutup sepenuhnya untuk semua urusniaga dan perkhidmatan iaitu dua di JPJ Cawangan (Besut di Kota Putra dan Kemaman di Mak Chili) serta satu di Ibu Pejabat JPJ negeri (di Jalan Kemajuan, Bukit Kecil) di sini.

"Kami mengambil inisiatif membuat hebahan pemberitahuan di laman sosial Facebook JPJ Terengganu sejak semalam lagi sejurus arahan dikeluarkan pihak kementerian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, semua urusan berkaitan JPJ seperti memperbaharui cukai jalan kenderaan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal mySIKAP AWAM JPJ dan perkhidmatan MYEG.


cpn
 
Top