Menu


Sebuah lori dengan muatan roti yang dilaporkan hilang beru-baru ini di Kuala Lumpur telah berjaya ditemukan semula di Kemaman, Terengganu, semalam.

Lori seberat 3 tan itu dijumpai oleh orang ramai di pekarangan Masjid Kampung Beris Meraga, Kijal, kira-kira jam 8 malam sebelum syarikat pengedaran roti terbabit dimaklumkan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai penemuan kenderaan tersebut.

Menurut beliau, lori yang digunakan untuk mengedar roti di sekitar Kuala Lumpur itu dilaporkan hilang di Jalan Petaling di ibu kota sekitar jam 7 pagi hari yang sama.

Pemandu lori yang hanya menyedari lori berkenaan hilang ketika hendak memulakan tugas penghantaran roti, kemudiannya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Hanyan berkata laporan mengenai penemuan lori berkenaan di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada jam 10 malam hari Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan terbabit, pihak syarikat Gardenia menerusi Twitter telah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan kesemua produk yang berada dalam lori tersebut dan menyahkuman kenderaan itu.

Pihak pengurusan syarikat juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes.





cpn
 
Top