Menu



Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kes ke-178, ialah seorang lelaki warga Malaysia yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. Beliau beliau tidak mempunyai sejarah sakit kronik dan kematiannya memang berpunca dari COVID-19.

“Bagi kes ke-358 pula ialah seorang lelaki berumur 60 tahun di Kuching, Sarawak,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di kementeriannya di sini, hari ini.

Kes ke-178 yang berumur 34 tahun mula mengalami gejala mulai 5 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif COVID-19.

"Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu dan disahkan meninggal hari ini,” katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Dr Adham berkata, kes ke-358 adalah lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif COVID-19.

"Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia jam 11 pagi tadi, " katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata bagi gelombang kedua COVID-19 di negara ini, jumlah kes dilaporkan kini sebanyak 673.

“Daripada jumlah itu, 428 kes adalah daripada kluster tabligh termasuk 95 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

“Hingga 12 tengah hari tadi, ada 120 kes baharu dilaporkan dan daripada jumlah itu 95 kes ialah dari kluster tabligh. Situasi terkini, 12 kes sedang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan manakala tujuh lagi pesakit kini sudah dibenarkan pulang,” katanya.


cpn
 
Top