Menu


Dikemaskini: Unifi dalam satu kenyataan di Twitter malam ini telah mengesahkan perkhidmatan-perkhidmatan utamanya telah terjejas di negeri-negeri Pantai Timur.

Sejak jam 4 petang, Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri terlibat dalam gangguan perkhidmatan berpunca dari kebakaran yang berlaku pada salah sebuah nod TM di Mantin, Negeri Sembilan.

Gangguan bagaimanapun berakhir sekitar tengah malam semalam dan perkhidmatan di beberapa tempat sudah pulih.

Dari laman Twitter Unifi:

Dikemaskini 7:45ptg, 12 Mac, 2020.

Terkini berkenaan nod TM di Mantin, Negeri Sembilan yang rosak akibat kebakaran petang tadi:

Berikutan daripada kebakaran tersebut, perkhidmatan unifi, unifi TV, unifi Mobile, unifi Biz dan Streamyx di Kelantan dan Terengganu telah terjejas. Kerja baik pulih sedang dijalankan secara berperingkat.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan.






cpn
 
Top