Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dicapai semalam dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membantu kumpulan berkenaan.
"Mesyuarat pada 19 Mac lalu telah membuat keputusan untuk membuat kajian dan penilaian menyeluruh kesan Covid-19 kepada kumpulan sasar tertentu pelbagai kategori di Terengganu.
"Dalam masa terdekat kerajaan Terengganu akan menentukan bentuk bantuan atau insentif yang akan diberikan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Menurutnya, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat sebaik sahaja kajian dan penilaian selesai.
