Menu



Persatuan SENIMAN baru-baru ini menerusi suatu kenyataan dalam laman sosial rasminya di Instagram tampil mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya meringankan beban artis susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 dan lanjutan kepada Perintah Kawalan Pergerakan.

Menamakan cadangan bantuan tersebut sebagai Covid-Seni,2020, berikut merupakan senarai cadangan yang disuarakan oleh SENIMAN kepada kerajaaan melalui Finas dan Kementerian Komunikasi & Multimedia.

1) Cadangan Projek Inisiatif - Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 Covid19 KKMM
(Bantuan Kecemasan)

Cadangan Nama Bantuan :
BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020)

2) BANTUAN KHAS E-TUNAI ATAU TUNAI RM 500 HINGGA RM 1000 MENGGUNAKAN PEMBAYARAN MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) 

Saraan (mengikut kriteria) Semasa Krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

3) "Skim Kerugian Seni" bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.

4) BAUCER KEPERLUAN DIRI DAN RUMAH UNTUK ANAK SENI, JAMINAN KERAJAAN MELALUI KPDHEP DENGAN KERJASAMA PASARAYA SEPERTI TESCO, GIANT, NSK, MYDIN DAN SEBAGAINYA.

5) PEMERIKSAAN COVID 19 KESIHATAN PERCUMA UNTUK PENGGIAT SENI DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA (yang memerlukan sahaja)

6) DANA KHAS PERSATUAN PERSATUAN SENI BAGI KEMPEN COVID 19 UNTUK MEMBANTU KERAJAAN MEMBERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT DENGAN LEBIH BERKESAN.

7) SISTEM BANTUAN PENGGIAT SENI YANG TIDAK MEMPUNYAI KWSP

Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia. "

-end-

Malangnya, cadangan tersebut dikecam hebat oleh netizen di platform media sosial Twitter yang kebanyakannya tidak setuju dengan cadangan berkenaan. Tinjauan juga mendapati pihak SENIMAN telah menyah-hantar cadangan itu dari laman Instagram mereka berikutan ruangan komen dibanjiri netizen yang tidak berpuashati.

Pengumuman bantuan kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada kumpulan artis yang mendakwa mereka turut terkesan dengan apa yang berlaku pada hari ini dan tidak mendapat perhatian khusus. 

Apa pandangan awok2? Komen di bowoh deh...




cpn
 
Top