Menu



KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini menafikan laporan tular yang mengatakan terdapatnya kes Covid-19 di Hospital Besut, Jerteh.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azmi Yunus berkata, sehingga hari ini, tiada kes melibatkan Covid-19 direkodkan di mana-mana hospital di Terengganu.

Beliau menasihatkan orang awam agar berhati-hati dalam menyebarkan berita tidak sahih yang dapat mengundang kebimbangan kepada orang ramai.

Menurut Dr Nor Azmi lagi, antara kaedah terbaik mengurangkan risiko jangkitan adalah dengan menjaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan.

Sebagai tambahan, orang ramai turut dinasihatkan agar mengelakkan tempat tumpuan ramai dan individu yang mengalami simptom penyakit tersebut - Terengganu Voice


cpn
 
Top