Menu



Persoalan terjawab berikutan gambar sebuah kereta yang tular memasuki ruang legar balai pelepasan di aras 1 Lapangan Terbang Sultan Mahmud sekitar malam tadi

KUALA NERUS: Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, petang tadi bertukar kelam kabut susulan kehadiran sebuah kereta di ruang legar balai pelepasan.

Kakitangan LTSM dan orang awam yang berada dalam bangunan berkenaan panik apabila melihat seorang wanita memandu ke dalam balai ketibaan kira-kira jam 5.30 petang.

Difahamkan, wanita berusia 55 tahun itu mengalami stres dan memandu sehingga memasuki bangunan LTSM.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang sebelum empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang juga anggota APM segera masuk ke dalam ambulans APM sebaik ternampak kenderaan jabatan.

“Selepas hampir satu jam, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Berita Harian



cpn
 
Top