Menu



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ke jawatan itu.

“Beliau adalah bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

“Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu antara 1999 hingga 2004,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Abdul Hadi yang dikenali dengan gelaran 'Ayoh Chik' kepada penduduk tempatan, mempunyai latar belakang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh ‘The Royal Islamic Strategic Studies’ yang berpusat di Jordan pada 2016.


cpn
 
Top