Menu



SEBUAH kenyataan di laman sosial baru-baru ini tular apabila menyeru orang ramai supaya menukar nama Corona kepada Qif.

Kenyataan tular itu mendakwa, ini kerana Corona membawa maksud 'berhubung' (قرن) dalam bahasa Arab manakala Qif pua membawa maksud 'hentikanlah'. Kenyataan itu bermaksud menyeru orang ramai agar berdoa supaya virus itu dapat dihentikan dengan mengubah nama wabak dunia itu kepada bahasa Arab.

Susulan dari penularan itu, Al Fadhil Ustaz Usman Al-amani Ibnu Azlan, dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah membuat hantaran menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai berunsur bidaah.

Penjelasan.

1) Ada golongan yang kata kita kena tukar kalimah Covid19 kepada Qif19 kerana Qif19 boleh membasmi virus Corona. Hal ini kerana Qif menurut mereka akan memberi makna berhentilah. Sementara Corona (Covid) memberi memberi makna berhubung.

2) Jawapan saya kepada mereka, dakwaan itu tidak betul.

Corona atau Covid (كورونا) itu ialah nama virus yg sedang menular sekarang.

Sementara Qorona (قرن) pula ialah kata kerja bermakna berhubung.

Tiada kaitan pun. Bahkan tiada kaitan langsung dengan kalimah Qif dengan tujuan virus ini berhenti.

3) Hari ni ramai yang bukan ahli dalam ilmu bahasa Arab, cuba mengolah kalimah qorona dengan mengaitkan dengan virus Corona tetapi disisi mereka tiada dalil dan sandarannya yang benar.

4) Para Ulama' & Pemerintah telah mengesyorkan Ikhtiar dengan :
1 : Mengasingkan diri,
2 : Berada di rumah.

Disampingkan itu banyakkan zikir, baca Alquran, berdoa, bersedekah dalam masa yg sama memerlihara amalan2 Fardhu.

5) Virus Corona ini, sama sekali tidak dipengaruhi dengan istilah atau panggilan lain. Letaklah nama apa sekalipun, selagi rakyat ingkar dan tidak mengikut arahan pemerintah, selagi itulah virus ini terus menular.







cpn
 
Top