Menu



MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dalam satu temuramah dengan Buletin Utama hari ini memaklumkan bahawa bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini akan mula dibayar secara berperingkat bermula Isnin minggu hadapan.

"Sebenarnya kita jangka pada pertengahan atau akhir bulan April semua yang layak akan dapat"

"Tapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan, insyaAllah, pembayaran BPN akan bermula hari Isnin minggu depan secara berperingkat"

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya petang semalam. Jelasnya, permohonan dan semakan sudahpun bermula sejak 1 April lalu.

Dalam suatu kenyataan berasingan dari laman web Kementerian Kewangan Malaysia, juga turut memaklumkan bahawa bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar sudah mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar sejak 2 April lalu secara berperingkat.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan wang tunai secara one-off itu akan disalurkan kepada penerima menerusi 2 peringkat pada penghujung April dan Mei. Ia melibatkan golngan B40 dan ke bawah, individu bujang dan turut meliputi kumpulan M40 dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM 10 billion.





cpn
 
Top