Menu



KES kematian pertama hari ini telah direkodkan di Terengganu setelah hampir 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan wabak koronavirus Covid-19.

Kes kematian pertama yang direkodkan di negeri ini adalah merupakan pesakit dari kes yang ke 3663, dan kes kematian yang ke-62 dalam negara.

Pesakit merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster Sri Petaling kes-kes bernombor 1265, 1266, 1267, 1404 dan 2549.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, Jertih, petang semalam.

Terengganu kini telah merekodkan sejumlah 90 kes positif dengan peningkatan mengejut jumlah kes dalam masa dua hari berturut-turut.

Dua daerah iaitu Dungun dan Besut mencatat jumlah kes tertinggi di Terengganu dengan masing-masing berjumlah 30 kes dan 27 kes. Manakala daerah Hulu Terengganu sehingga kini masih kekal sebagai daerah bebas Covid-19.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

-Terengganu Voice

 


cpn
 
Top