Menu



Daerah Marang hari ini dilaporkan telah menjadi zon hijau dan bebas Covid-19 kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pentadbir Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak menerusi hantaran laman media sosial Facebook DO Marang petang tadi.

Menurut hantaran tersebut, sudah tiada lagi peningkatan kes baharu yang aktif di Daerah Marang dalam tempoh 14 hari.

"Pengumuman ini sudah pasti mengembirakan kepada semua warga Marang lebih-lebih lagi dalam suasana kita hendak menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak."

Beliau turut memuji semangat dan usaha petugas-perugas di barisan hadapan (fronliners) yang terus berjuang memerangi wabak ini hingga ke penghabisan. 

"Kejayaan ini sudah pasti hasil daripada komitmen dan usaha semua pihak menangani isu ini. Kita mesti kekalkan situasi ini untuk tempoh seterusnya"

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa perjuangan membasmi wabak ini masih belum selesai dan PKP mungkin tidak akan dilonggarkan sehingga seluruh kawasan turun ke kategori zon hijau. 

"Semua lapisan masyarakat masih perlu memberi kerjasama mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa. Semoga kejayaan kita berada dalam zon hijau ini tidak melalaikan kita bahkan ianya akan memberi kesedaran yg lebih tinggi"

Daerah Marang sebelum ini telah mencatat 2 kes positif Covid-19 di Bukit Payung dan Pulau Kerengga. Tempoh 14 hari tanpa peningkatan kes baharu di daerah tersebut menjadikannya daerah kedua sifar Covid-19 selepas daerah Hulu Terengganu.






cpn
 
Top