Menu


Syarikat peneraju korban dan akikah di Malaysia, EZ Qurban Sdn Bhd berdepan kemarahan dan kecaman dari netizen yang membanjiri setiap hantaran di laman media sosial rasminya dengan gesaan serta amaran untuk memboikot perkhidmatan yang disediakan syarikat tersebut.

Isu tersebut bermula apabila netizen mendakwa salah seorang pengarah di syarikat terbabit telah membuat hantaran jelik dengan mempersenda beberapa tokoh pemimpin Islam negara.

Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak Malaysia dan beberapa badan NGO yang lain, umat Islam umumnya merasa kecewa dan terguris dengan hantaran media sosial yang dikeluarkan oleh individu yang dikatakan salah seorang pengarah di EZ Qurban Sdn Bhd.

Kenyataan-kenyataan biadap tersebut disifatkan sebagai penghinaan ke atas seorang tokoh pemimpin Islam di negara ini.

Beberapa laman media sosial dan ribuan netizen juga dilihat turut berkongsi kempen agar memboikot perkhidmatan tersebut dengan tanda pagar boikot. Turut berlegar di media sosial adalah kenyataan media bertarikh 7 April 2020 yang dikatakan maklumbalas daripada pihak EZ Qurban Sdn Bhd.

Walaubagaimanapun, semakan Terengganu Voice di media sosial mahupun laman web syarikat tersebut sehingga kini mendapati, masih tiada kenyataan jelas atau siaran media yang diterima dari pihak EZ Qurban Sdn Bhd berhubung perkara itu.

EZ Qurban merupakan sebuah syarikat perintis yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan ibadah korban dan akikah serta berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia dalam pelaksanaan ibadah akikah dan korban agar lebih mudah dan cepat.

Syarikat tersebut telah dibangunkan dan beroperasi sejak April 2007 dan melaksanakan ibadah korban di beberapa buah negara.




cpn
 
Top