Menu



Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melalui sebuah kenyataan media hari ini telah menafikan bahawa kes kematian yang berlaku dua hari lalu di Jalan Abdul Rahman Limbong, Padang Negara, Kuala Terengganu adalah berkaitan dengan Covid-19.

Menerusi kenyataan tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi binti Yunus menjelaskan bahawa si mati meninggal dunia di rumahnya dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada hari yang sama untuk dibuat pemeriksaan.

Hasil ujian makmal ke atas jenazah bagaimanapun mendapati kes kematian tersebut adalah negatif virus Covid-19.

Hal tersebut tular di aplikasi media sosial WhatsApp sejak 14 April lalu berikutan terdapatnya satu kes kematian di lokasi berkenaan yang dikaitkan dengan wabak koronavirus Covid-19 sehingga mengundang kerisauan penduduk setempat.

Pun begitu, pihak JKNT tetap menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan kekal berada di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Orang ramai juga diingatkan agar mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan, mengamalkan penjarakan sosial dan beretika ketika batuk atau bersin dalam mengawal penularan wabak itu.






cpn
 
Top