Menu



Kerajaan hari ini memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 28 April 2020 hingga 12 Mei 2020.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada perutusan khas Ramadan sebentar tadi.

Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak koronavirus di negara ini.

Perintah  Kawalan Pergerakan telah mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu. Perintah itu telah dilanjutkan sebanyak dua kali pada 14 April dan 28 April bagi fasa kedua dan ketiga.




cpn
 
Top