Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik selepas mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara mengenai keputusan pendakwaan.
Kedua-dua pemimpin itu telah disiasat berikutan gambar pertemuan mereka yang tular di media sosial ketika Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkunjung kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato' Seri Ahmad Said 17 April lalu.
Menerusi gambar tersebut, kedua-dua pemimpin itu dilihat bergambar bersama sekumpulan sukarelawan yang membuat agihan bantuan kepada masyarakat setempat.
Mereka disiasat di bawah seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Pihak polis turut menasihatkan mana-mana individu termasuk pemimpin atau orang kenamaan untuk sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan seperti penjarakkan sosial dan mengelakkan dari berhimpun sepanjang PKP.
