Menu



Padah melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan kepada wanita, seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu perbuatan kelucahan melampau iaitu menunjukkan kemaluan kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, di sini jam 9.45 pagi pada 26 September 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa berada di kedai makan sebelum tertuduh datang untuk minum.

Sebaik selesai minum, tertuduh tiba-tiba membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Mangsa melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta tolong dan tertuduh sekali lagi datang ke kedai sama pada jam 1.40 tengah hari pada hari yang sama.

Mangsa kemudian meminta tolong anak saudaranya untuk menangkap tertuduh sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Gong Badak Kuala Nerus untuk tindakan lanjut.






cpn
 
Top