Menu



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan kembali dilaksanakan semula jika sekiranya kes positif harian COVID-19 mencecah tiga angka.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan jika kes terus meningkat.

"Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

"Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat," katanya.

"Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok," katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata, perjalanan untuk merentas negeri masih lagi dibenarkan setakat ini melainkan ada pengumuman lain dalam masa terdekat. Beliau walaubagaimanapun memaklumkan pintu sempadan negara masih ditutup bagi mengekang penularan.

Beliau pada masa yang sama turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak hanya mengharapkan pasukan keselamatan.

"Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keluarga terdekat supaya mengikut SOP.

"Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan," 



cpn
 
Top