Menu



Cadangan kerajaan Persekutuan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19) ekoran tahap pematuhan rakyat semakin longgar telah disambut baik oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Pemerhatian oleh pihak berwajib di lokasi tumpuan awam termasuk pasar raya dan kedai makan di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Jun lalu mendapati orang ramai gagal mengamalkan penjarakan sosial selain SOP yang dijalankan di beberapa premis dilihat semakin longgar.

Walaupun penggunaan pelitup muka hanya diwajibkan bermula Ogos, orang ramai seharusnya sudah mula menajdikannya sebagai rutin apabila berada di tempat awam.

Tinjauan juga mendapati masih ramai yang bersalaman dan tidak dapat mengamalkan normal baharu dalam aktiviti harian seolah-olah sudah benar-benar ‘bebas’ daripada ancaman Covid-19.



cpn
 
Top