Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, berkata Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].
Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7Julai lalu dan menjalani sampel 'nasopharyngeal swab' kali pertama pada hari yang sama dan didapati negatif.
Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.
Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun RM1,000 Khairuddin pada 7 Ogos dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan.
BERITA HARIAN
