Menu



Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 20 sebatan terhadap seorang bapa atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga hamil pada tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap juruteknik berusia 42 tahun itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya yang ketika kejadian baru berumur 12 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara berasingan, bermula dari tarikh tangkapan pada 12 Sept 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad.

BERNAMA



cpn
 
Top