Menu



Sepasukan anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kemaman telah merampas sejumlah barang kawalan berjadual yang dianggarkan bernilai RM 12,784.60 di sebuah premis perniagaan runcit di kawasan Kijal.

Seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis berkenaan gagal mengemukakan sebarang lesen bagi menjual barangan kawalan berjadual tersebut.

Dalam serbuan pada jam 11.00 pagi itu, sejumlah 1,488 kg Gula, 1,608 kg Minyak Masak, 292.8 kg Tepung Gandum dan 29 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) telah dirampas. 

Siasatan awal mendapati premis berkenaan menjual barang kawalan tersebut kepada penduduk sekitar.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua - keduanya sekali manakala bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM 2 juta.

Berdasarkan statistik tindakan penguatkuasaan sehingga 8 September 2020, sebanyak 6,421 pemeriksaan telah dijalankan di sekitar daerah Kemaman.

Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 96 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM 55,797.65 dan nilai kompaun sebanyak RM 45,000.00.

FOTO Info Bencana Terengganu



cpn
 
Top