Menu



KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan satu diserang dan dipukul tiga pelajar tingkatan lima yang menuntut di sekolah sama gara-gara tidak menunaikan janji mahu belanja makanan segera.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 13 tahun dikatakan berada dalam bilik asrama sekolah berkenaan. 

Mangsa diserang tiga pelajar lelaki dan aksi buli tersebut dirakam oleh seorang lagi pelajar. Video berdurasi 25 saat itu mula tular sejak awal tengahari tadi.

Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga saspek memukul mangsa kerana berang mangsa dikatakan cuba mempermainkan saspek dengan gurauan 'hendak belanja KFC'.

Menurut Shafien, mangsa kemudiannya hadir ke balai polis pagi tadi bagi membuat laporan.

Polis sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap kesemua saspek terlibat. Ketiga-tiga saspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



cpn
 
Top