Menu



Tiada tindakan ke atas pengadil Wan Muhammad Tarmizi Wan Ibrahim buat masa ini walaupun beliau tampak gagal menjalankan tugasnya dengan baik.

Itu tegas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid, sambil menafikan pihaknya berat sebelah kepada Johor Darul Ta'zim sewaktu mereka merakamkan kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Super.

Tarmizi mencuri perhatian apabila pengadilannya ketika aksi Liga Super antara Terengganu dan JDT Sabtu lalu mencetuskan kontroversi, ia menyaksikan tindakannya tidak disenangi oleh kedua-dua pasukan bagi tiga insiden berbeza hingga perlawanan di Terengganu itu berlangsung tegang.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut mengkiritik kualiti pengadil pada perlawanan itu disifatkan teruk dan gagal mengawal perlawanan dengan baik.

Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan TFC sepatutnya mendapat satu atau dua penalti dan penyerangnya, Dominique Da Sylva perlu dilayangkan kad merah.

Selain aksi Terengganu menentang JDT, pertemuan PJ City dan Sabah juga diselubungi kontroversi membabitkan keputusan daripada pengadil, Zulkarnain Zakaria.

"Kami akan melihat secara terperinci dengan kesilapan yang telah dilakukan. Kami masih lagi tidak mengenakan hukuman lagi buat ketika ini," kata Dali.

"Jawatankuasa pengadil FAM masih belum membuat sebarang mesyuarat lagi dan tiada lagi hukuman akan dikeluarkan lagi."

Foto TFC



cpn
 
Top