Menu



Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan inisiatif bantuan tambahan, Pakej Kita Prihatin kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.

Kerajaan akan memberikan bantuan tambahan kepada rakyat iaitu melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

"Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:
Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;

Menurut Perdana Menteri, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Tambahnya lagi, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

"Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang," katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau juga mengumumkan inisiatif Subsidi Upah dilanjutkan hingga Disember menjadi Subsidi Upah 2.0.

Berita Lanjut menyusul



cpn
 
Top