Menu



PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya tampil memberi pencerahan mengapa parti itu tidak mempunyai kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Abdul Hadi berkata, PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

“PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah), setelah usaha rundingan dimuktamadkan,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan PAS tidak bertanding juga diambil bagi memastikan berlakunya pertarungan satu lawan satu antara BN,PN dengan Pakatan Harapan plus dalam PRN Sabah.

Menurut Abdul Hadi, Pas juga mengambil keputusan untuk tidak bertanding demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa akan datang.

“Keutamaan Pas adalah persiapan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan jentera dan ahli-ahli Pas dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


cpn
 
Top