Menu



Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 15 Rumah Pangsa Ladang Gemilang Satu di sini, petang hari ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 4 petang ketika kanak-kanak itu, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul yang bersendirian di rumahnya tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu.

Difahamkan, ibu mangsa keluar ke kedai berhampiran, manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

"Kita masih menjalankan siasatan bagaimana kejadian itu berlaku," katanya.

Menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, 29, ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh.

"Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu oleh anak ada budak jatuh, saya kemudian melihat ke bawah dan terkejut kerana saya kenal kanak-kanak itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Harian Metro



cpn
 
Top