Menu



Kasut mempunyai pelbagai jenis dan fungsinya. Pemilihan kasut yang sesuai dengan aktiviti ni sangat penting. Silap hari bulan, salah pakai kasut boleh mendatangkan kecederaan.

Di dalam artikel ini, Muhamad Bahagia Jemali; seorang jurulatih dan konsultan kecergasan yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kecergasan, telah membuat perkongsian tentang pemilihan kasut yang sesuai untuk aktiviti kecergasan korang.

Jomlah kita sama-sama kenal pasti kasut mana yang sesuai dengan aktiviti kau orang.


1. RUNNING SHOES

Running shoes ni kebiasaannya ringan. Ada kusyen tebal dan lembut terutama kat bahagian tumit.

Ciri-ciri Running Shoes

1. Kasut yang ringan
2. Permukaan tapak kasut yang grip permukaan lantai.
3. Mempunyai kusyen yang tebal dan lembut di dalam kasut.
4. Mempunyai kawalan tumit yang baik.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍2. KASUT TRAINING

Kebiasaannya permukaan tapak kasut rata dan tebal kat area tumit yang bertujuan untuk menampung berat badan. Bahagian depan kasut yang mudah dilipat supaya lebih fleksibel.

Ciri-ciri Kasut Training

1. Kasut yang ringan
2. Permukaan tapak kasut yang rata
3. Bahagian tumit atau ankle kasut dalam mestilah tebal bagi menampung berat badan supaya kaki tidak berasa sakit ketika mendarat diatas lantai setelah membuat lompatan.
4. Bahagian depan kasut yang mudah dilipat supaya dapat bergerak dengan lebih cepat.
5. Kasut bahagian atas buku lali mestilah tebal bagi membantu kestabilan kaki ketika melakukan aktiviti.

‍‍‍‍‍‍ ‍
‍‍‍‍3. KASUT HIKING 

Kasut ni kebiasaannya low cut dan ringan. Design dia selalu menutupi buku lali untuk support ankle agar risiko nak terseliuh tu kurang. Tapak kasutnya tebal antara 1 – 2 cm.

Ciri-ciri Kasut Hiking

1. "Low cut" dan ringan.
2. Mempunyai "ankle support" yang menutupi buku lali bagi mengelak terseliuh.
3. Mempunyai tapak yang tebal dan kedalaman tapak antara 1 – 2 cm.
4. Memilih material kasut daripada kulit kerana lebih tahan lama dan kalis air.
5. Reka bentuk tapak yang berlawanan arus mempunyai cengkaman tapak yang baik.


‍‍‍‍‍4. ‍‍‍‍‍INDOOR SPORTS 

Orang yang main badminton sesuai dengan kasut ni, tapak kasutnya getah, lebar dan tinggi untuk menyokong tapak kaki semasa bergerak.
Alas dalam mempunyai kusyen supaya dapat mendarat dengan selesa semasa membuat lompatan.

Ciri-ciri kasut Indoor Sports

1. Tapak kasut getah.
2. Mempunyai tapak kasut yang lebar dan tinggi untuk menyokong kaki semasa bergerak.
3. Alas dalam mempunyai kusyen supaya dapat mendarat dengan selesa selepas membuat lompatan.
4. Kasut mestilah ringan untuk bergerak pantas.


5. TENNIS SHOES

Tapak kasut yang mempunyai bunga yang lebih besar, permukaan yang sangat nipis. Sangat lentur dan fleksibel untuk memberi lebih ketangkasan.

Ciri-ciri Tennis Shoe

1. Tapak kasut yang mempunyai bunga yang lebih besar.
2. Permukaan tapak yang sangat nipis dan langsing.
3. Kasut sangat lentur dan fleksibel untuk memberi pemain tenis lebih ketangkasan.
4. Kasut tenis sedikit berat bertujuan untuk meningkatkan ketangkasan.


G‍‍‍‍‍‍AMBAR BONUS (LEISURE SHOE) ‍‍

Ni kasut kau orang boleh bawa jalan-jalan pergi dating. Tapi ni musim Perintah Kawalan Pergerakan, buat pakai je lah depan rumah, hahaha

‍‍‍Pilihlah kasut yang sesuai dengan aktiviti yang kau orang lakukan. Ia penting untuk mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.

Penulis Muhamad Bahagia Jemali adalah seorang Jurulatih dan Konsultan Kecergasan dan pemegang Sarjana Sains Sukan.




Kasut mempunyai pelbagai jenis dan fungsinya. Pemilihan kasut yang sesuai dengan aktiviti ni sangat penting. Silap hari...

Posted by Muhamad Bahagia Jemali on Thursday, March 19, 2020



cpn
 
Top