Menu



Kuala Lumpur: Hujan lebat diramal berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah mulai esok sehingga Sabtu (19 Disember), demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia berhubung amaran cuaca (waspada) hari ini, hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku pada esok sehingga Jumaat (18 Disember).

Hujan lebat yang diramal di Sabah dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula Jumaat sehingga Sabtu.


cpn
 
Top