Menu



DUNGUN - Seorang penunggang motosikal berusia 60 tahun ditimpa malang setelah terjatuh ke dalam longkang yang tiada penutup dalam satu kemalangan pada pagi ini.

Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan jalan negeri di Jalan Baru Pak Sabah, Dungun.

Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Ayoh Ku yang berasal dari Jalan Teratai dikatakan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Orang awam yang berada berhampiran telah membantu menangkat mangsa dan motosikal dinaikinya ke atas sebelum bertindak menghubungi pihak ambulans.

Mangsa yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan telah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Motosikal dinaiki mangsa turut mengalami beberapa kerosakan yang teruk.  

Susulan kejadian tersebut, pihak Majlis Perbandaran Dungun telah meletakkan penutup longkang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.



- Terengganu Voice




cpn
 
Top