Menu



Mahkamah tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami isteri selepas kedua-duanya didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka, kira-kira lima tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz ke atas Anuar Yusof, 55 dan isterinya, Murni Ahmad,40, yang juga ibu tiri kepada mangsa, selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan kes.

Dua lagi anak kandung pasangan tersebut bagaimanapun dilepas dan dibebaskan kerana didapati tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Menurut peruduhan kes, empat tertuduh didakwa bersama-sama membunuh mangsa, Siti Hajar Anuar yang berusia 22 tahun ketika kejadian di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, pada 26 April 2016 jam 10.45 malam.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman bawah Seksyen 35 akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud mengendalikan kes pendakwaan dan kesemua tertuduh diwakili peguam.

Tragedi yang menimpa mngsa dikesan oleh pihak polis yang curiga dengan laporan kematian yang dibuat oleh bapanya.

Dalam laporan berkenaan, mangsa dikatakan mengalami sakit biasa, namun hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan dan lebam pada mata mangsa.

Polis dalam siasatan awal juga mendapati keadaan fizikal mangsa sangat kurus dengan berat badannya hanya 18 kilogram.

Berikutan siasatan awal, empat beranak terbabit telah ditahan di rumah mereka pada 1 Mei jam 1.50 pagi. 

Foto : NSTP





cpn
 
Top