Menu



Sejumlah 16,000 bekalan vaksin Covid-19 dalam penghantaran fasa pertama telah selamat tiba di Terengganu kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Sebahagian daripada bekalan vaksin tersebut tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan diiringi kenderaan PDRM. 

Sebelum tiba di HSNZ, bekalan vaksin yang diperoleh dari tempat penyimpanan vaksin di Subang Jaya juga selamat dihantar ke Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di Kemaman dan Setiu.

Seramai lapan pegawai dan anggota PDRM telah ditugaskan mengiringi penghantaran tersebut bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan dari Subang Jaya ke Terengganu yang bermula seawal jam 6 pagi.

Ketibaan vaksin di PSV pertama adalah di Kemaman adalah pada pukul 10 pagi dan seterusnya penghantaran dibuat ke PSV Setiu diikuti dengan lokasi terakhir di HSNZ.

PDRM turut memaklumkan pihaknya akan membuat rondaan secara berkala di lokasi PSV bagi tujuan keselamatan. Seramai lebih 4,000 anggota PDRM di Terengganu dan barisan hadapan dijangka akan menerima suntikan vaksin yang akan dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Noor Azimi Yunus, suntikan vaksin fasa pertama untuk barisan hadapan dijangka bermula 2 Mac 2021 dan akan dilakukan secara berperingkat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dijangka akan menjadi individu pertama yang menerima suntikan vaksin di negeri ini.

Foto : MKN







cpn
 
Top