Menu



Pendaftaran untuk vaksin Covid-19 masih berada di tahap terendah di mana hanya 6.1 peratus individu sahaja yang telah mendaftar dari jumlah sasaran sebanyak 80 peratus penduduk di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, sehingga 11 pagi ini. sejumlah 1,468,137 orang telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran untuk menerima vaksin Covid-19 ini dilihat sangat rendah dan kerajaan kini sedang memacu pelbagai usaha untuk meningkatkan pendaftaran.

Beliau berkata, antara faktor utama pendaftaran vaksin Covid-19 tidak menggalakkan adalah kerana sikap segelintir pihak yang mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebaik Program Imunisasi Kebangsaan bermula pada 24 Februari lalu.

Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa perkara ini sudah berada dalam jangkaan pihak kerajaan. Menurutnya, selain baharu sahaja dilancarkan, keyakinan rakyat dapat dipupuk setelah lebih ramai barisan hadapan menerima suntikan vaksin.

Beliau turut menjangkakan jumlah pendaftaran akan meningkat sebaik pelancaran talian hotline dan pendaftaran atas talian menerusi laman web pada Jumaat ini (5 Mac).

Tambahnya lagi, pendaftaran juga boleh dibuat di kaunter pendaftaran vaksin di klinik dan hospital.

Setakat ini, sejumlah 17,064 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19. Sarawak menduduki senarai teratas penerima vaksin sebanyak 7,402 individu diikuti dengan Pahang (2,419) dan Perak (1,277).

Program Imunisasi Kebangsaan bermula pada 24 Februari lalu dengan menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu pertama menerima suntikan tersebut.

Terdapat tiga fasa program imunisasi di mana barisan hadapan akan menjadi kumpulan fasa pertama penerima vaksid Covid-19 dari Februari hingga April. 

Ini diikuti dengan kumpulan fasa kedua iaitu kumpulan berisiko tinggi dan warga emas berusia 60 tahun ke atas dari April hingga Ogos dan seterusnya pada Mei 2021 hingga Februari 2022 melibatkan kumpulan fasa ketiga yang berusia 18 tahun ke atas.  

Program Imunisasi Kebangsaan bagaimanapun dijangka selesai sebelum akhir tahun dari tarikh jangkaan.

Foto : The Star

Mudoh je nok daftar : 

PENDAFTARAN VAKSIN COVID 19 MASIH RENDAH - KJ Aplikasi MySejahtera merupakan langkah yang paling cepat untuk mendaftar...

Posted by Lyana Amyra on Tuesday, 23 February 2021



cpn
 
Top